Posts

Showing posts from May, 2022

PENGENALAN

Image
                                Selamat datang kepada semua pembaca yang sudi mengunjungi blog ini. Tujuan blog ini ditubuhkan adalah untuk menyempurnakan tugasan individu KPS3014 Pengurusan Pembelajaran iaitu membina sebuah blog perkongsian berdasarkan topik pembentangan kumpulan yang akan memberi manfaat kepada semua. Kandungan blog ini mempunyai penerangan ringkas dan padat tentang 3 Komponen Penasihatan Pengurusan Murid iaitu bimbingan, penasihatan dan kaunseling beserta dengan info-info tambahan iaitu proses Bimbingan dan Penasihatan, 5 Fasa Bimbingan dan Kaunseling, Proses Mentoring dan perbezaan antara Bimbingan dan Penasihatan dengan Kaunseling.

BIMBINGAN

Image
BIMBINGAN MAKSUD :- Satu proses menolong individu untuk memahami diri dan alam sekelilingnya (Shertzer & Stone 1971). Dari konteks pendidikan pula, bimbingan merujuk kepada pemberian bantuan atau pertolongan yang betul kepada pelajar.  BIMBINGAN TERBAHAGI KEPADA 3 :- Bimbingan Pendidikan adalah untuk memotivasikan pelajar berkenaan dengan pilihan mata pelajaran, kemahiran belajar, persediaan untuk peperiksaan dan penempatan untuk pengajian tinggi. Contohnya, kaunselor membimbing pelajar Tingkatan 3 untuk memilih aliran dan pakej mata pelajaran dengan menjalankan ujian psikometrik untuk mengetahui minat pelajar dan keputusan ujian psikometrik itu akan mempengaruhi pemilihan dan pakej mata pelajaran tingkatan 4 kelak.  Bimbingan Kerjaya ialah m elakukan tinjauan kecerdasan, tinjauan minat dan menyediakan bahan2 rujukan agar pelajar dapat memilih kerjaya yang betul. Contohnya, guru kaunselor membimbing pelajar dalam melaksanakan ujian inventori kerjaya untuk mengenal ...

PENASIHATAN

Image
MAKSUD :-  Nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna. ( Gibson dan Mitchell,1999) Dalam konteks pendidikan, n asihat diberi dalam bentuk percakapan seperti arahan atau suruhan untuk menyelesaikan masalah pelajar. CIRI-CIRI PENASIHATAN :- Berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah.   Berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada seorang lain. Orang yang berautoriti adalah orang yang lebih berpengalaman, banyak pengetahuan, mempunyai kelayakan dan pengiktirafan. Memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan. CONTOH :- Kaunselor menyediakan khidmat nasihat kepada pelajar lepasan tingkatan 3  untuk memilih jurusan atau aliran tingkatan 4 berdasarkan kecenderungan pelajar. RUJUKAN Dr Zuwati Hasim, 2022,  Pilih jurusan berdasarkan cita-cita, keupayaan menguasai pelajaran. Di...

MENTORING

Image
 MAKSUD :- Mentoring bermaksud membimbing dan menyokong pelajar (mentee) supaya mereka dapat melalui satu transisi yang sukar dengan lebih mudah dan melicinkan tatacara yang dapat membenarkan, menyakinkan di samping mengurus serta mengarahkan (Fletcher 2000). Dalam konteks pendidikan, mentoring adalah gabungan melatih (coaching), kaunseling, dan penilaian mentor untuk membantu mentee mendalami perkembangan profesional mentor . CIRI-CIRI :- Proses pembelajaran yang aktif untuk mentee. Mementingkan perkembangan person al dan professional yang berterusan. Dilakukan untuk memudahkan sesuatu transisi dan memastikan berlaku perkembangan positif. Bertindakbalas terhadap kelebihan individu, nilai dan keperluan mentor dan mentee. Bertimbang rasa dan akur kepada kesilapan yang sukar dielakkan. Menerima semua jenis kesilapan . CONTOH :-  Pelaksanaan Program Mentor-Mentee di Sekolah. Pihak KPM menyarankan agar pihak sekolah melaksanakan Program Mentor-Mentee di sekolah untuk mempe...

INFO TAMBAHAN

Image
Peta minda di atas menunjukkan proses Bimbingan dan Penasihatan. Peta minda di atas menunjukan 5 Fasa Bimbingan dan Kaunseling. Peta minda di atas menunjukkan Proses Mentoring. Peta Minda di atas menunjukkan perbezaan antara Bimbingan dan Penasihatan dengan Kaunseling. RUJUKAN S binti Shaafi. (2016). PERKHIDMATAN MENOLONG KE ARAH PENINGKATAN KUALITI HIDUP. Diakses pada 30 May 2022, daripada http://digilib.unimed.ac.id/4785/1/Fulltext.pdf