PENASIHATAN

MAKSUD :- 
  • Nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna. (Gibson dan Mitchell,1999)
  • Dalam konteks pendidikan, nasihat diberi dalam bentuk percakapan seperti arahan atau suruhan untuk menyelesaikan masalah pelajar.

CIRI-CIRI PENASIHATAN :-
  1. Berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah. 
  2. Berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada seorang lain. Orang yang berautoriti adalah orang yang lebih berpengalaman, banyak pengetahuan, mempunyai kelayakan dan pengiktirafan.
  3. Memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan.
CONTOH :-
  • Kaunselor menyediakan khidmat nasihat kepada pelajar lepasan tingkatan 3 untuk memilih jurusan atau aliran tingkatan 4 berdasarkan kecenderungan pelajar.

RUJUKAN
Dr Zuwati Hasim, 2022, Pilih jurusan berdasarkan cita-cita, keupayaan menguasai pelajaran. Diakses pada 30 May 2022 di https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2022/03/934190/pilih-jurusan-berdasarkan-cita-cita-keupayaan-menguasai-pelajaran 

Comments

Popular posts from this blog

BIMBINGAN

MENTORING