BIMBINGAN
MAKSUD :-
- Satu proses menolong individu untuk memahami diri dan alam sekelilingnya (Shertzer & Stone 1971).
- Dari konteks pendidikan pula, bimbingan merujuk kepada pemberian bantuan atau pertolongan yang betul kepada pelajar.
BIMBINGAN TERBAHAGI KEPADA 3 :-
- Bimbingan Pendidikan adalah untuk memotivasikan pelajar berkenaan dengan pilihan mata pelajaran, kemahiran belajar, persediaan untuk peperiksaan dan penempatan untuk pengajian tinggi. Contohnya, kaunselor membimbing pelajar Tingkatan 3 untuk memilih aliran dan pakej mata pelajaran dengan menjalankan ujian psikometrik untuk mengetahui minat pelajar dan keputusan ujian psikometrik itu akan mempengaruhi pemilihan dan pakej mata pelajaran tingkatan 4 kelak.
- Bimbingan Kerjaya ialah melakukan tinjauan kecerdasan, tinjauan minat dan menyediakan bahan2 rujukan agar pelajar dapat memilih kerjaya yang betul. Contohnya, guru kaunselor membimbing pelajar dalam melaksanakan ujian inventori kerjaya untuk mengenal pasti minat dan kemahiran pelajar dalam kerjaya tertentu.
- Bimbingan Perkembangan Diri adalah untuk membimbing pelajar cara komunikasi, kemahiran memimpin, menangani masalah hubungan dan emosi, kemahiran mengurus masa dan sebagainya. Contohnya, guru kaunselor menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti kem kepimpinan, ceramah motivasi dan lain-lain.
CIRI-CIRI BIMBINGAN :-
- Bimbingan merupakan aktiviti yang dirancang. Ia bukanlah aktiviti yang dilakukan secara kebetulan, secara tiba-tiba, tidak sengaja dan sambil lewa tetapi ia adalah satu kegiatan yang tersusun, sengaja, berencana, berterusan dan mempunyai tujuan.
- Bimbingan merupakan proses membantu individu atau kumpulan. Bimbingan tidak memaksa seseorang itu mengikut arah yang tertentu, tetapi membantu atau menolong individu mengikut arah yang sesuai dengannya.
- Bimbingan diberikan kepada individu yang memerlukan bantuan untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapinya.
Bimbingan terbahagi kepada dua jenis iaitu bimbingan individu dan bimbingan kelompok :
Contoh Pelaksanaan Sesi Bimbingan Kelompok
RUJUKAN
Faizan Shabudin, 2013. Konsep, matlamat dan keperluan bimbingan dan kaunseling. Diakses pada 30 May 2022 daripada https://www.scribd.com/doc/142218190/Definisi-bimbingan
Comments
Post a Comment